LAZADA

Tuesday 8 June 2021

Sudah jatuh ditimpa tangga, namun berjaya bangkit

Bagaimana seorang Yang diisytiharkan bankrap dapat bangun semula!

Ebook ni mengisahkan tentang usahawan bernama Hafiz Mansor iaitu diri saya sendiri tentang perjalanan hidup saya dari kecil bagaimana saya mencari wang tambahan bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk ke politeknik sehingga lah saya membuka perniagaan sendiri.

Selepas membuka perniagaan sendiri saya terlibat dengan banyak perkara kerana sifat saya sendiri yang nak kaya terlalu cepat di usia muda. Pelbagai bisnes saya buat  dengan membuat banyak modal pinjaman dari pihak bank.

Dengan duit pinjaman diperolehi, saya tidak merancang kewangan dengan betul dan membuat banyak kesilapan dalam perniagaan juga terlalu mempercayai orang yang ambil kesempatan.

Akhirnya saya jatuh bankrap dalam usia yang muda dimana saya berhutang lebih 1/2 Juta Ringgit!

Selepas hidup saya berhutang dengan banyak, saya kehilangan satu-persatu benda dalam kehidupan saya sehingga hidup saya kemurungan dan hidup saya jadi tak menentu.

Disebalik masalah yang terjadi, saya berjaya bangun semula bangkit walaupun status masih bankrap sehingga kini.

Saya masih melangsaikan hutang, saya masih boleh buat duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.

Apa yang saya buat?

Anda boleh belajar sesuatu dari Ebook saya ni. Semuanya saya kongsikan dalam Ebook ni termasuk gambar setiap perjalanan perniagaan saya sehingga berjaya membuka perniagaan.

Saya berkongsikan semuanya apa yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat untuk bangun semula.

👇👇👇👇👇👇👇



No comments:

Post a Comment