LAZADA

Wednesday 23 June 2021

Bukan Sekadar Cinta

BERUMAHTANGGA BUKAN BERERTI MEMILIKI HIDUP PASANGAN TETAPI BERKONGSI HIDUP

Yup. Kongsi hidup.

Apa maksud kongsi?

Kongsi bermakna kita masing-masing memberi apa yang kita ada. Itulah maknanya kongsi.

Tidak berlaku kongsi kalau hanya seorang memberi dan seorang lagi tidak mahu memberi.

Sebab itu lafaz akad nikah adalah menggambarkan kesediaan kita untuk berkongsi hidup, memberi komitmen untuk membahagiakan pasangan, kesungguhan melaksanakan tanggungjawab, ikrar untuk menunaikan hak-hak pasangan.

Apa jadi bila salah seorang tidak lagi komited? 

Maka di sinilah bermulanya keruntuhan

Maka sebab itu sentiasalah berusaha memenuhi keperluan emosi dan fisiologi pasangan. Sentiasa berusaha menggembirakan pasangan. InsyaAllah emosinya kekal bersama.

Kerana itu rumahtangga Bukan Sekadar Cinta

Dapatkan buku ini di 





No comments:

Post a Comment